Assalamualaikum....
jumpa lagi, lama tak update blog..
kali ini aku nak cerita panjang sikit....
Tanggal 12/03/12 termetri satu perjanjian. bahawa aku kini adalah seorang rakan kontrak stevia. penanaman dan pencambahan anak pokok STEVIA...(PAKEJ 1)
Sebelum ini aku adalah Rakan Niaga Kontrak,November 2011 (PAKEJ 2)
dengan bermodalkan RM1500.00, dan harapan menggunung akan dapat kembali modal pelaburan selepas 5 bulan... RM1600.00
dengan perjanjian...
- selepas 90 hari dapat RM1000.00
- selepas 30 hari dapat RM 300.00
- selepas 30 hari dapat RM 300.00
- setiap bulan akan dapat RM 300.00 sehingga habis kontrak. (setahun)
KATA orang menghitung hari...
hati selalu berkata, apalah jadi kat duit aku,hari-hari berdoa,
dup dap dup dap ramai orang dok tunggu, kita lihat sapa yang kena.....
diselangseli dengan cerita rakan-rakan yang dah kena dengan projek SERAI.. TAKUT...
aku ni kira jenis mat internet jugak, kira habis 1 dunia aku cari cerita tentang pokok yang bernama STEVIA REBAUDIANA, semua blog dalam dan luar negara, asal cerita Stevia semua aku bookmark kan..
makna ye walaupun takut aku belasah jugak... sebab aku dah jumpa tempat-tempat yang nak ambil pokok stevia ni. kira masih ada lagi tempat bergantung kalau dahan yang ada ni patah.. he he berbahasa laa pulak.
alhamdulillah genap 90hari = 3bulan aku terima RM2000.00, berlebih-lebih laa pulak.. siap aku pi tanya bahagian finance, salah bank-in kaa....
Apalagi tengah berminat dengan gadjet baru, samsung galaxy note, aku sambar jerlah...
kalau tiada barang dibeli, selalunya duit, akan jadi asap, hilang tanpa dikesan..
sekarang aku sedang mengorak langkah untuk menjadi petani moden, kalau TV1 ada AGROTANI kira tak pernah miss lah. sambil-sambil mencari tempat untuk jadi port, INDUK STEVIA, gambar-gambar banyak yang dah diambil di beberapa lokasi, nak sharing gambar ada sikit masalah. kemudian-kemudian lah ye.
itu jelah nak cerita, nanti aku masukkan gambar-gambar terkini.
ooo satu lagi tengah dok perati-perati pokok orkid kat rumah member ni tak terjaga.. banyak pokok yer, tapi takde bunga... he he he cam ada can jer, kawasan dia pun luas, kira nak letak pokok STEVIA meme takde hal lahh... pikir,pikir,pikir HOW TO START...
nanti kita sambung yer..
wasalam.
No comments:
Post a Comment