Assalamualaikum, kekawan semua, @ pembaca blog saya.
Terima Kasih diatas sokongan anda, semakin hari semakin terserlah kegagalan demi kegagalan yg tidak dapat dinyatakan,
adakah semua ini ketentuan ilahi atau sifat ketamakkan manusia.
kekadang aku berasa teramat sedih, apabila mereka-mereka yang ku anggap bapa dan ibu, bersama-sama terasa keperitan,
bagi aku yang mempunyai pendapatan tetap dan pulangan modal, tinggal berdekatan, untuk datang menuntut hak sesuatu yang mudah, dibandingkan dengan janji segala keuntungan masuk akaun.
bagaimana pula mereka-mereka yang kuanggap bapa dan ibu, turut bersama.
mereka yang datang dari Utara dan Selatan tanah air, dengan menaiki bas, menaiki motor, berhujan panas, dengan berbagai masalah di perjalanan, bila sampai......jawapan akhir nya 0.......
sekali lagi ku ucapkan terima kasih. kepada mereka-mereka yang berada di dalam kolompok masyarakat yang menggunakan hasil titik peluh kami, untuk kesenangan diri, tanpa memikir masalah yang ditinggalkan.
walaupun dengan wang yang kami ada,
boleh membeli kereta posche,
tetapi sehingga kini,
kami belum boleh pegang stering ataupun duduk di dalamnya.
akhir kata.. ku harap mereka-mereka ini ada keinsafan dalam diri, bersihkan lah hati, perbanyakkan ibadat agar segala titik-titik hitam yang ada dalam hati, dapat dikurangkan,
sedarlah kamu semasa kamu masih dialam nyata,
terima kasih,
ALLAH HU AKBAR.